INASIS SIME DARBY ONLINE : PROGRAM SWIMMING FOR HEALTH 2018

 Oleh: NURUL HAFIZA AZIMI

 INASIS SIME DARBY ONLINE : Biro Hal Ehwal Siswi Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS) UUM telah mengadakan program Swimming For Health bertempat di kolam renang Pusat Sukan, UUM pada 23 Mac 2018 bermula pukul 8.30 pagi sehingga 11.30 pagi. Seramai 20 orang menyertai program ini.

Pada pukul 8.30 pagi, semua pelajar berkumpul dan mendapatkan sarapan pagi. Selepas itu, mereka bergerak ke Pusat Sukan. Program bermula dengan senamrobik yang dikendalikan oleh AJK program. Seterusnya, jurulatih telah mengajarkan asas berenang seperti penafasan dan teknik berenang gaya bebas, kuak dada dan kupu-kupu. Melalui program ini, pelajar mempelajari tentang asas berenang.