INASIS BSN ONLINE: TEMASYA SUKANEKA INTER-INASIS

 Oleh: AINA HANNANI ZAINAL ABIDIN

 Padang Hoki UUM – 9 Mac 2018: Temasya Sukaneka Inter-INASIS julung kalinya telah dianjurkan oleh Majlis Presiden JKPS dengan kerjasama Majlis Pengetua dan Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Utara Malaysia (UUM) yang melibatkan barisan Jawatankuasa Kepimpinan & Pembangunan Siswa (JKPS), Residential Assistants (RA), barisan pengetua dan perwakilan pelajar setiap INASIS di UUM. INASIS BSN juga telah menghantar wakil bagi menyertai temasya ini. Matlamat utama temasya ini adalah bagi mengeratkan silaturahim antara barisan JKPS, RA, pengetua, felo-felo dan perwakilan pelajar setiap INASIS di UUM.

Sebanyak 14 acara telah dipertandingkan dalam temasya tersebut. INASIS BSN telah menganjurkan sukaneka Save The Water bagi temasya ini. INASIS BSN telah berjaya memenangi empat acara iaitu ikatan kasih, gegelung: muat ke idok?, tarik tali dan mini marathon. Temasya sukaneka ini akan dijadikan program wajib tahunan bagi Majlis Presiden JKPS UUM.

“INASIS BSN – Representing All The Women”