INASIS SME BANK ONLINE: TITANS COLOUR FITNESS

Disediakan oleh: Nur Atiqah Afrina Mohd Nazarudin

INASIS SME BANK: Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS) Biro Kemudahan dan Kebajikan Inapan Siswa (INASIS) SME Bank telah menganjurkan Program kecergasan yang diberi nama Titans Colour Fitness pada 23 Mac 2018.

Pengarah program telah menjemput Puan Latifah sebagai instruktor zumba untuk menjalankan aktiviti Let?s Zumba yang dihadiri oleh 100 orang peserta yang berlangsung di Padang Bukit Kachi, Universiti Utara Malaysia (UUM).

Program ini telah dirasmikan oleh En. Zahril Anwar Malek Abdol Hamid, pengetua INASIS SME Bank pada jam 9.30 pagi. Seterusnya, pengetua INASIS SME Bank telah menyampaikan cenderamata sebagai tanda penghargaan kepada pihak instruktor zumba kerana sudi menerima jemputan untuk program ini. Selepas majlis perasmian Colour Walkathon dijalankan, peserta berjalan sekeliling INASIS SME Bank.

Sambutan yang diberi oleh oleh peserta sangat menggalakkan. Ahli jawatankuasa program INASIS SME Bank telah memberi komitmen yang sangat baik semasa program ini dijalankan sehingga tamat program.

Pengarah program, Nur Atikah Binti Mohamed Rafi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam program ini.