INASIS BANK RAKYAT TERIMA KUNJUNGAN DELEGASI DARI IBU PEJABAT

 Oleh: Suriani Mohd Yusof

Gambar: Aziqal Badrul Hisham

Inasis Bank Rakyat telah menerima kunjungan dari Ibu Pejabat Bank Rakyat, Kuala Lumpur yang diketuai Ketua Pegawai Modal Insan, Farid Shah Mohd Basir bersama Pengarah Modal Insan dan Pengurus Bank Rakyat, Cawangan Mergong, Shuib Ahmad.

Kunjungan delegasi ini disambut mesra oleh Pengetua dan  Penolong Pengurus Asrama Inasis Bank Rakyat. Perjumpaan selama satu jam ini padat dengan perbincangan dua hala yang menyentuh aspek kolaborasi penganjuran program-program berimpak tinggi pada masa akan datang.

Farid Shah berkata, saya bangga dengan warga Inasis ini yang telah menganjurkan program-program berimpak tinggi dengan membawa logo utama Bank Rakyat sehingga ke persada antarabangsa.

?Kami di Ibu Pejabat Bank Rakyat bersedia untuk membantu dan bekerjasama dengan inasis dalam menganjurkan program-program berkonsepkan tanggungjawab sosial korporat (CSR),? ujarnya.

Hadir sama, barisan Penolong Pengetua, staf pentadbiran dan Jawatankuasa Kepimpinan Dan Pembangunan Siswa (JKPS) Inasis Bank Rakyat.