RAMAH MESRA TNC HEPA UUM BERSAMA KETUA PUSAT, PENGETUA DAN PENOLONG PENGETUA

 HEP ONLINE: Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof Dr Abdul Malek Abdul Karim baru-baru ini mengadakan pertemuan dan majlis Ramah Mesra bersama Ketua Pusat, Pengetua dan Penolong Pengetua di EDC Hotel & Resort UUM.

Program yang disertai 25 staf ini turut menerima Cenderamata sempena menghargai sumbangan mereka sepanjang 2017.

Objektif majlis ini bagi mengeratkan hubungan sesama Ketua Pusat, Pengetua dan Penolong Pengetua Inasis untuk bekerjasama merealisasikan fungsi dan tanggungjawab JHEP sekali gus menjadi platform kepada TNC HEPA untuk berjumpa dan berkongsi idea bersama mereka.

Dalam pada itu Prof Dr Abdul Malek yang ditemui berharap kesemua mereka dapat merancang aktiviti pelajar yang berimpak tinggi dan boleh melonjak nama UUM melalui  aktiviti yang dilaksanakan termasuk penjanaan pendapatan yang memfokuskan kepada aktiviti pembangunan pelajar.

‘Semua projek pelajar juga perlu dipantau dengan teliti sebelum diberi kelulusan agar tidak melanggar peraturan universiti demi merealisasikan fungsi dan tanggungjawab HEP,’ sambung beliau lagi.

Prof Dr Abdul Malek juga turut menyampaikan cenderamata kepada semua Ketua Pusat, Pengetua dan Penolong Pengetua Inasis.

Habis.