BAKTI SISWA INASIS MISC DI KAMPUNG BENDANG BUKIT PENDANG

 Oleh : Fatin Amalin Aishah Che Arif

Gambar : Muhammad Shafiq Md Ramli

INASIS MISC -  Seramai 43 peserta menyertai Program Bakti Siswa (BAKSIS) Inapan Siswa (Inasis) MISC UUM di Kampung Bendang Bukit Pendang, Kedah baru-baru ini.

Pengarah projek, Muhammad Aliff Imran Abu Bakar berkata, mendalami kehidupan kampung dengan meredah hutan, bermain didalam petak bendang, belajar menoreh dan bermesra dengan penduduk kampung merupakan pengalaman yang menarik bagi mahasiswa yang menyertainya.

?Kami bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara kami malah dapat menjalinkan hubungan dengan masyarakat kampung dalam setiap program dan aktiviti yang dijalankan, ? kata Muhammad Aliff lagi.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah tinggal bersama keluarga angkat, mengadakan sukan bendang dan meredah hutan kampung.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang, Pendang Suraya Yaacob yang turut hadir untuk bersama mahasiswa Inapan MISC ini juga berharap program seperti ini akan diteruskan dimasa akan datang kerana amat baik bagi kedua belah pihak.

Turut hadir Pengetua Inasis MISC Azhar Anis Mohammad dan Felo Ruzaidi Saad.

Habis.