40 SISWA UUM SERTAI EXPLORE KERIANG HILLS

 INASIS SME BANK: Seramai 40 mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) menyertai aktiviti ?Explore Keriang Hills? baru-baru ini yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS) dibawah seliaan Biro Kesihatan dan Keselamatan Inapan Siswa (Inasis) SME Bank.

Pengarah aktiviti ini Deepak Delano Natarajan berkata program yang bermula dari jam 7.00 pagi hingga 1.00 tengah hari ini membabitkan mahasiswa daripada Inasis yang terdapat di kampus ini.

Aktiviti ini mendapat kerjasama dari semua peserta dan jawatankuasa yang mengendalikannya.

Pendakian yang bermula dari 7.00 pagi itu sampai kepuncaknya pada jam 1.00 tengah hari.

Habis.