INASIS MISC ONLINE: JKPS MISC ANJUR PROGRAM ?UUM BABY BOOMERS?

 Oleh : Noor Azmina Syamimi Binti Rozman

Gambar oleh : Noor Azmina Syamimi Binti Rozman

 

INASIS MISC ONLINE : Exco Akademik dan Latihan Inapan Siswa Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS) Inapan Siswa (Inasis) MISC telah menganjurkan program ?UUM Baby Boomers? di Dewan Terbuka Inasis MISC baru-baru ini.

Program ini membabitkan 40 pelajar tingkatan enam (6) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Bukit Mertajam.

Sepanjang tiga hari mereka berkampung di kampus ini pelbagai aktiviti dijalankan secara latihan dalam kumpulan dan penerangan mengenai suasana kampus juga diberikan oleh JKPS.

Mereka dibahagikan kepada empat kumpulan dan diberi tugasan untuk dilaksanakan termasuk meninjau persikataran kampus.

Felo Inasis MISC, Ruzaidi Saad menyampaikan hadiah kepada pemenang dalam beberapa pertandingan yang diadakan secara berkumpulan.

Habis.