INASIS PROTON ONLINE : BENGKEL CELIK VIDEOGRAFI DI DEWAN KEMBARA INASIS PROTON

 Oleh: Muhammad Afiq Bin Noor Khairul Rizal

 

Bengkel Celik Videografi telah berlangsung di Dewan Kembara Inasis Proton pada 16 Mac 2018 yang lalu. Program ini dianjurkan oleh Exco Informasi dan Penerbitan JKPS Inasis Proton.

Program ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang cara mengedit video di samping dapat menghasilkan video yang menarik.

En. Mohamad Suhail bin Ramzan, Penerbit Rancangan Unifilm Studio dijemput sebagai penceramah untuk mejayakan program ini. Antara aktiviti yang dijalankan dalam program ini adalah proses menyunting sebuah video pendek. Selain itu, pembelajaran secara teori juga diadakan bagi memberi gambaran kepada peserta tentang cara terbaik dan menarik menyunting sesebuah video.

 

En. Mohamad Hafiz bin Ismail, Penolong Pengetua Inasis Proton turut hadir bersama dalam program ini. Pengarah program, Norzulaikha Binti Azmi berbangga kerana program ini telah berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan.