INASIS SME BANK ONLINE: PROGRAM MOONLIGHT BBQ

 Disediakan oleh: MONISYA SRI NARAJU

INASIS SME BANK: Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS) RA Blok G Inapan Siswa (INASIS) SME Bank telah menganjurkan program Moonlight BBQ pada 23 Mac 2018.

Program ini diadakan khusus bagi pelajar-pelajar Blok G. Resident Assistant (RA) Blok G iaitu Siti Noratikah Binti Che Daud bertindak selaku pengarah program. Lima puluh orang pelajar Blok G telah menyertai program tersebut.

Pengarah program bersama ahli jawantankuasa program Moonlight BBQ telah membuat persiapan seawal jam 9 pagi bagi memastikan segala keperluan mencukupi semasa program berlangsung pada malam tersebut. Program ini bermula 6 petang sehingga 11 malam.

Bagi memeriahkan lagi majlis tersebut, biro aktiviti telah menganjurkan pelbagai aktiviti seperti music chair, save me balloon dan berkaraoke.  Para peserta telah memberi sambutan yang menggalakkan. Ahli jawatankuasa juga telah memberi komitmen baik semasa program ini berlangsung.

Objektif program bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara penghuni blok G tercapai dan diteruskan pada masa akan datang.