INASIS BANK MUAMALAT ONLINE : PROGRAM MUAMALAT CULTURAL'S DAY

 13 Mac 2018 – Jawatankuasa Kepimpinan Pembangunan Siswa (JKPS) Biro Kebudayaan telah menganjurkan Program Muamalat Cultural’s Day di Dewan Mawar Inasis Bank Muamalat.  Seramai 120 orang peserta, dua orang penolong pengetua iaitu Dr Jafni Azhan Ibrahim, Encik Mohd Fariz Hashim dan pengetua Inasis Dr Rohafiz binti Sabar juga terlibat.

Program ini mempunyai dua sesi. Sesi pertama pada pagi dimulai dengan pendaftaran peserta dan diteruskan dengan senaman tarian Zumba.  Pelbagai permaianan tradisional yang dipertandingkan, antaranya congkak, anyaman ketupat, kaligrafi Cina dan kolam. Majlis penutup diadakan pada sesi kedua yang dirasmikan dengan acara memotong kek oleh pengetua Inasis Bank Muamalat. Terdapat pelbagai persembahan kebudayaan diadakan seperti tarian, nyanyian dan fashion show.

Objektif program adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang kewujudan pelbagai budaya dan tradisi pelbagai kaum di Malaysia. Selain itu, melalui program ini dapat mengukuhkan hubungan antara pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) dan staf. Di samping itu, program ini dapat memupuk bakat para pelajar. Matlamat program ini adalah untuk menyatupadukan pelbagai kaum dalam satu program.