INASIS BANK MUAMALAT ONLINE: PROGRAM INASIS BANK MUAMALAT LEADERSHIP CAMP

 Pada 1 hingga 3 Mac 2018, Majlis Tertinggi JKPS Inasis Bank Muamalat telah menganjurkan progam Inasis Bank Muamalat Leadership Camp di Langkawi yang bertujuan untuk memupuk semangat kepimpinan dalam kalangan Ahli Jawatankuasa Pembangunan Siswa (JKPS) dan pembantu kediaman (RA) tentang kemahiran yang diperlukan dalam menguruskan masa depan pelajar dan menjaga kebajikan pelajar di Inasis Bank Muamalat.

Para peserta telah menjalani aktiviti latihan kepimpinan dan etika, menyediakan kertas kerja yang lebih baik dan terperinci. Selain itu, aktiviti yang dijalankan dapat membantu para peserta dalam menguruskan sesuatu acara dan meningkatkan kemahiran kerja secara berkumpulan. Program ini, memberikan peluang kepada para peserta untuk meningkatkan kemahiran sosial, komunikasi dan kemahiran kepimpinan melalui cara yang menyeronokkan dengan melakukan pelbagai aktiviti menarik seperti meninjau ke Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan sebagainya. Tambahan pula, melalui aktiviti yang dijalankan bersama ini dapat mengeratkan ikatan silaturahim antara ahli jawatankuasa Inasis Bank Muamalat.

Program ini menyediakan peluang kepada pelajar untuk meningkatkan keyakinan diri dan mengembangkan sikap kepimpinan, kreativiti dan kemahiran berfikir secara kritis. Di samping itu, program ini dapat memudahkan pengurusan kerja dan pengurusan organisasi dalam kalangan pemimpin pelajar di Inasis Bank Muamalat.