FORUM SANTAPAN JIWA: SIAPA KITA SEBENARNYA?

 SINTOK: Seramai 200 mahasiswa telah menyertai Program Forum Santapan Jiwa: Siapa Kita Sebenarnya? yang diadakan di Dewan Pusat Penginapan Pelajar (SAC), Universiti Utara Malaysia (UUM) anjuran Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu Universiti Utara Malaysia (PERMATA UUM) pada 2 Mac 2018 yang lalu.

Forum yang telah dikendalikan oleh moderator, Meor Al Afif Al Jamalullail yang merupakan pelajar PhD di UUM menampilkan dai Izzhar Nazri, peserta rancangan Da?i Pendakwah Milenia Musim Kedua sebagai penceramah.

Tujuan program ini dianjurkan adalah memberi pendedahan kepada mahasiswa mengenali diri mereka untuk dunia dan akhirat di samping memotivasikan masa depan mereka yang lebih baik.

Pengarah program, Nur Afina Idris berbangga dan gembira kerana program ini mendapat sambutan daripada pelajar di samping memberikan impak yang positif kepada semua pihak. Menurutnya lagi, program sebegini patut dianjurkan pada masa hadapan.

Proram ini turut dihadiri oleh penasihat PERMATA UUM, Suhaimi Ismail dan barisan Majlis Tertinggi PERMATA UUM.