INASIS PROTON ONLINE : KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI INASIS PROTON DI SUNGAI SEDIM, KEDAH

Oleh: Norzulaikha Azmi

Baru-baru ini telah berlangsung  Kursus Pengurusan Organisasi, Inasis Proton di Sungai Sedim, Kedah pada 20 hingga 22 Februari 2018.

Tujuan utama program ini adalah untuk merapatkan lagi hubungan antara JKPS, RA, KB Inasis Proton, staf pentadbiran dan pengetua Inasis Proton Dr. Mohamad Ghozali Hassan. Pada  masa yang sama, program ini juga dijadikan sebagai medium perbincangan dan pembentangan semua aktiviti yang akan dijalankan pada sesi A172 oleh JKPS Inasis Proton.

Pengarah program, Nur Athirah binti Johari berbangga kerana program ini telah berjalan lancar dan berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan di samping dapat memberikan pengalaman baru kepada semua JKPS RA dan KB yang terlibat.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah water confident dan rafting yang bertujuan untuk mengukuhkan lagi keberanian dalam diri JKPS, RA dan KB. Selain itu, malam aspirasi juga dianjurkan bagi mencungkil bakat terpendam  JKPS, RA dan KB.