INASIS BANK RAKYAT ONLINE: JALINAN MESRA ANTARA JAWATANKUASA KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN SISWA (JKPS) DENGAN STAF INASIS BANK RAKYAT

Oleh: Suriani Mohd Yusof

PANGKOR, PERAK: Baru-baru ini telah berlangsungnya Kursus Pengurusan Organisasi, INASIS Bank Rakyat di Pangkor Bayview Beach, Pulau Pangkor, Perak.

Tujuan utama program ini ialah untuk merapatkan lagi hubungan antara JKPSRA, staf pentadbiran INASIS termasuk Pengetua INASIS Bank Rakyat, Puan Nor Azura A. Rahman dan barisan Penolong Pengetua. Pada masa yang sama, program ini juga dijadikan sebagai medium perbincangan dan pembentangan semua JKPS berkaitan aktiviti yang akan dijalankan pada sesi A172.

Pengarah program, Khairul Anuar Razali berbangga dengan kejayaan program yang telah memberikan impak positif kepada semua di samping dapat memberikan pengalaman yang indah sepanjang program berlangsung.

Program selama tiga hari ini diakhiri dengan lawatan ke Kota Belanda, Pulau Pangkor dan tempat-tempat menarik sekitar pulau.