INASIS PROTON ONLINE PROTON GRAND HAJAT PRAYER

Oleh : Muhammad Azmeer Bin Azizi

INASIS PROTON ONLINE : Biro Kerohanian dan Pembangunan Sahsiah, INASIS Proton telah menganjurkan program Proton Grand Hajat Prayer pada 21 Disember 2017 yang lalu di Dewan Kembara INASIS Proton. Tujuan program ini dianjurkan adalah sebagai satu daripada persediaan secara rohani para pelajar beragama Islam dalam menempuhi peperiksaan akhir semester pertama sesi 2017/2018.

Program yang disertai hampir 100 peserta bermula pada pukul 7.12 malam dengan solat maghrib berjemaah dan diikuti dengan bacaan Yasin dan Tahlil yang dipimpin oleh Prof. Dr. Shukri bin Ahmad. Kemudian diikuti dengan solat isyak berjemaah dan tazkirah yang disampaikan oleh Prof. Dr. Shukri sehingga pukul 9.30 malam. Program ini juga turut dihadiri oleh Pengetua INASIS Proton, Dr. Mohamad Ghozali Hassan dan Penolong Pengetua, Encik Mohamad Hafiz Ismail.