INASIS SIME DARBY ONLINE: MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PEMBANTU PENGHUNI (RA) DAN KETUA BLOK (KB) SESI 2017/2018

 INASIS SIME DARBY ONLINE: Pihak Pentabdiran Inapan Siswa (INASIS) Sime Darby, Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) UUM telah mengadakan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pembantu Penghuni (RA) dan Ketua Blok (KB)  INASIS Sime Darby   pada  2 Januari 2018  lalu.  Majlis dimulakan dengan sesi memperkenalkan barisan RA dan KB untuk  setiap blok yang baru dilantik untuk sesi 2017/2018. Lantikan ini melibatkan 12 orang pelajar iaitu empat orang RA dan lapan orang KB. Majlis ini disempurnakan oleh Pengetua INASIS Sime Darby, Dr. Che Mohd Aziz Yaacob.

Dalam ucapan ringkasnya, beliau amat mengharapkan  semua pembantu penghuni dan ketua blok yang baru dilantik  dapat menjalankan tugas dan  tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh didikasi dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada semua pelajar INASIS Sime Darby.

Nurul Afiqah Binti Osman, pelajar semester  tiga melahirkan  rasa amat gembira apabila dipilih memegang jawatan RA untuk sesi 2017/2018. Dalam ucapannya, beliau  berjanji akan membantu pengetua dan barisan pentadbiran dalam menjaga kebajikan, keselamatan dan kesihatan pelajar.  Selain itu beliau  dan rakan-rakan RA yang lain juga akan turut membantu barisan JKPS  bagi menggalakkan penyertaan penghuni INASIS dalam menyertai aktiviti  yang dianjurkan oleh JKPS INASIS Sime Darby.

Manakala Putri Intan Norasikin Binti Abdul Rahman, pelajar semester tiga juga melahirkan rasa gembira kerana diberi kepercayaan sebagai KB. Beliau dan rakan-rakan  KB yang baru dilantik berjanji akan berusaha dalam   memastikan semua blok penginapan  INASIS Sime Darby sentiasa  berada dalam keadaan baik, selesa dan  berusaha merangka aktiviti  berfaedah bagi blok  jagaan masing-masing

Majlis diakhiri dengan penyampaian  sijil penghargaan kepada semua RA dan KB  sesi 2016/2017.