INASIS BANK MUAMALAT ONLINE: BENGKEL PENGURUSAN JENAZAH SISWI

15 Disember 2017 - Jawatankuasa Kepimpinan Pembangunan Siswa (JKPS) Biro Siswi dengan kerjasama Biro Kerohanian INAPAN Siswa Bank Muamalat telah menganjurkan program Bengkel Pengurusan Jenazah Siswi di Surau Laluan C.  Seramai 35 orang peserta telah terlibat dalam bengkel itu. Ustazah Dakina binti Zakaria dan Ustazah Nur Azlinah binti Zaini bertindak sebagai penceramah dan fasilitator bengkel itu.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi ilmu dan pengetahuan kepada peserta tentang perkara yang perlu dilakukan ketika menguruskan jenazah. Praktikal pengurusan jenazah dilakukan oleh semua peserta mengikut kumpulan yang telah dibahagikan. Melalui pendekatan ini, peserta dapat merasai sendiri pengalaman menguruskan jenazah wanita dengan bantuan Ustazah Dakina dan Ustazah Azlinah. Setelah selesai praktikal menguruskan jenazah wanita, peserta diajar mengenai cara menunaikan solat jenazah dan kedudukan wanita sewaktu solat jenazah.