INASIS SME BANK ONLINE: ASEAN CULTURAL EXCHANGE 2.0 DENGAN KERJASAMA ASEAN UNIVERSITY CONFERENCE ON PUBLIC RELATION AND COMMUNICATION (APRC)

Berita oleh : Muhammad Ameer Syafiq Bin Mohammad Halim

 INASIS SME BANK : Pada 24 November 2017Biro Kebudayaan dan Kesenian, Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa, INASIS SME Bank  telah mengadakan  program  Asean Cultural Exchange 2.0 dengan kerjasama Asean University Conference on Public Relation and Communication (APRC)  di Dewan Kachi,Universiti Utara Malaysia (UUM). Seramai 30 ahli  jawatankuasa  terlibat dalam program ini.

Program ini telah mendapat sokongan Pengetua INASIS SME Bank, Encik Zahril Anwar Malek Abdol Hamid, dan  dibimbing sepenuhnya oleh Pengarah Program, Yasmin Nadhirah Binti Mohd Abdillah. Untuk kali kedua, program ini telah bekerjasama dengan Asean University Conference on Public Relation and Communication (APRC). Program ini bertujuan untuk mendedahkan budaya pelbagai etnik di Malaysia kepada para peserta dan pendedahan persekitaran di UUM.

Program ini dimeriahkan lagi dengan persembahan seperti dikir barat, nyanyian lagu tradisional Melayu dan tayangan montaj video korporat mengenai  INASIS SME Bank, dan  montaj video tentang keunikan dan tempat menarik di Malaysia. Majlis juga dilengkapi makan malam dengan berbagai-bagai  jenis menu seperti nasi tomato, laksa Penang, dan kuih-muih.

Para peserta daripada Thailand, Vietnam, Indonesia, Filipina, Singapura, Kemboja, Laos, dan Brunei tertarik dengan hidangan itu. Mereka terhibur dengan aktiviti yang dipersembahkan pada malam itu. Encik Zahril Anwar Malek Abdol Hamid berkata, ?Program sebegini merupakan satu platform yang bagus untuk mengasah lagi kemahiran insaniah mahasiswa, tambahan pula program ini melibatkan mahasiswa daripada luar negara?.

Pengarah program, Yasmin Nadhirah berharap program ini hendaklah diteruskan lagi pada masa akan datang.