SEMBANG SANTAI ?JODOH ITU HARUS DICARI ATAU DINANTI? ?

Pentas Utama Pesta Konvokesyen, UUM ? Pada 20 November 2017 telah berlangsung program Sembang Santai bersama PU Rozi di Pentas Utama Pesta Konvokesyen UUM Ke-30.

Nurul Salsabila Binti Hasyim merupakan Exco Biro Kerohanian JKPS Inapan Siswa Malaysia Airlines (INASIS MAS) merangkap pengarah program Sembang Santai ?Jodoh Itu Harus Dicari Atau Dinanti?? Ahli panel program itu ialah PU Rozi.

Program ini turut dihadiri oleh Prof. Dr. Abdul Malek Abdul Karim (TNC HEPA), Dr. Mohd Dino Khairri Shariffuddin (Pengarah HEP), Dr. Mohd Azril Ismail (Pegetua INASIS MAS) dan felo-felo INASIS MAS.

Program ini telah dijalankan secara santai bertujuan untuk mendekatkan lagi ahli panel, PU Rozi serta moderator jemputan, Syamil bersama penonton yang hadir dalam kalangan pelajar-pelajar UUM, kakitangan UUM dan orang luar.

Program ini diadakan bersempena minggu pesta konvokesyen UUM ke-30 dan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar UUM tentang realiti perhubungan sesama manusia yang perlu dijaga mengikut nas dan akidah Islamiah.

Di samping itu, program ini memberi gambaran serta panduan kepada pelajar tentang persiapan dalam menjalinkan perhubungan sesama manusia tanpa melupakan matlamat utama kejadian seseorang manusia itu.

Intipati program ini tidak hanya tentang jodoh semata-mata tetapi tumpuan terhadap perhubungan manusia dari pelbagai sudut diberikan, iaitu berasaskan 5 prinsip maqasid syariah seperti pentingnya memilih seseorang itu berdasarkan agama, nyawa, akal, keturunan, dan harta.

 

Kesimpulannya, melalui program seperti ini, pelajar-pelajar di UUM lebih terbuka dalam mengetahui ilmu tentang perhubungan manusia yang berlandaskan syariah Islam. Di harapkan program seperti ini dapat membentuk sahsiah pelajar-pelajar UUM agar mengikut tingkah laku yang anjurkan oleh agama Islam.