INASIS SME BANK ONLINE: "JOM SINGGAH BELI" Pesta Konvokesyen Inasis SME bank

OLEH MUHAMMAD IZZUDDIN BIN MASNORHISAM

 Universiti Utara Malaysia:  Pada 15 hingga 22 November 2017 telah berlangsungnya Pesta Konvokesyen UUM kali ke-30 dengan meriah dan jayanya. Sepanjang Pesta Konvokesyen UUM itu, Biro Keusahawanan INASIS SME Bank berpeluang menjalankan program Jom Singgah Beli di tapak jualan yang bersebelahan Padang Utama UUM.

Program ini mendapat sokongan Pengetua INASIS SME Bank, Zahril Anwar Malek Abdol Hamid. Tujuan program ini adalah untuk melatih para pelajar dalam  menguruskan sesebuah perniagaan. Program ini membolehkan Biro Keusahawanan  menyumbangkan tenaga dan jasa kepada INASIS SME Bank.

Aneka pilihan makanan dan minuman disajikan kepada pelanggan yang mengunjungi gerai ini seperti Oreo Shake, Horlicks Shake, Milo Shake, Horeo Shake (Horlicks + Oreo), Cheesy Wedges, dan French Fries.

Pengetua INASIS SME Bank berkata, ?Usaha kalian patut dipuji kerana kalian tidak dibayar gaji tetapi ada hikmahnya.?

Program sebegini hendaklah dilaksanakan oleh Biro Keusahawanan  INASIS SME Bank pada tahun hadapan.