INASIS MAS ONLINE: CUSTOM LICENSE TALK 2.0

Universiti Utara Malaysia, Sintok: Pada 7  November 2017, seramai 90 orang pelajar UUM daripada pelbagai program pengajian telah menghadiri Kursus Ejen Kastam yang dianjurkan oleh Inapan Siswa Malaysia Airlines (INASIS MAS) bersama Institut Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (CEDI) dengan kerjasama Jabatan Kastam DiRaja Malaysia.

Program yang berlangsung di Dewan Seminar B Pusat Konvensyen, UUM telah diarahkan oleh Nur Syahidah Binti Noor Mohamed merupakan Co Exco Biro Pendidikan, Akademik dan Latihan JKPS Inapan Siswa Malaysia Airlines (INASIS MAS).

Program ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kepentingan mempunyai sijil ejen kastam dan menjadi ejen kastam.

Sijil ejen kastam ini merupakan sijil profesional yang diiktiraf oleh Jabatan Kastam DiRaja Malaysia yang perlu dimiliki bagi setiap pengimport dan pengeksport barangan di Malaysia.

Melalui program ini juga pelajar berpeluang mengetahui prospek-prospek pekerjaan dalam bidang berkaitan pada masa akan datang jika mempunyai sijil ejen kastam ini.

Kesimpulannya, melalui aktiviti sebegini pelajar universiti dapat menambahkan pengetahuan mengenai sijil profesional di Malaysia.

Selain itu, pelajar juga sekaligus dapat meningkatkan tahap kebolehpasaran dengan memiliki sijil ejen kastam.

Pengarah Program: Nur Syahidah Binti Noor Mohamed