PUSAT PEMBANGUNAN KERJAYA ONLINE: EMPAT KITARAN PELAJAR TELAH MELENGKAPI MODUL PROGRAM I AM READY (1MRyD)

Bermula dari tahun 2014 hingga 2017 hampir 44,664 orang pelajar dari semester 1 hingga semester 4 telah melalui serta mengikuti program 1MRyD yang dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Kerjaya, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Pusat Kokurikulum. Daripada jumlah tersebut, empat kitaran pelajar telah berjaya melengkapi empat modul yang terdapat dalam program 1MRyD. Antara modul yang diterapkan kepada pelajar dari semester 1 hingga semester 4 adalah Adjusting To Life On Campus, Interpersonal Relationship, Charting Your Career Path dan Communication In The Multicultural Workplace. Tujuan program IMRyD ini diadakan khusus kepada pelajar UUM bermula dari semester 1 hingga 4 adalah bertujuan untuk membina karektor dan sahsiah mahasiswa serta mengasah kemahiran insaniah mereka bagi mempertingkatkan nilai kebolehpasaran dan kebolehdapatan pekerjaan dan secara tidak langsung ia dapat mencapai KPI Universiti berkenaan Teras 2: Pembangunan Pelajar Secara Holistik. Tempoh masa pelaksanaan program 1MRyD adalah  8 jam untuk setiap semester bagi setiap modul yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Program ini dikendalikan selepas minggu kokurikulum. Bagi mengendalikan bilangan pelajar yang agak ramai, seramai 82 orang tenaga pengajar 1MRyD terdiri daripada pensyarah  dan pentadbir yang terlibat secara sukarela serta memiliki perwatakan dan pengalaman yang boleh dikongsikan kepada pelajar. Di samping itu, pelbagai aktiviti disediakan mengikut modul yang ditetapkan. Pada sesi A171, tarikh pelaksanaannya adalah pada 2 Disember 2017 dan 9 Disember 2017 manakala penglibatan pelajar semester 1 hingga 4 pada sesi ini adalah seramai 8832 orang.