KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI (KPO) INASIS MISC 2017

 Oleh : Mohamad Izwan Ismail bin Abd Razak

Gambar Oleh : Mohamad Izwan Ismail bin Abd Razak

 

 

INASIS MISC ONLINE: Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS)  Inapan Siswa (INASIS) MISC telah menganjurkan Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) selama 3 hari 2 malam di Pantai Chenang, Langkawi bermula pada 13 Oktober sehingga 15 Oktober 2017.

Program yang melibatkan JKPS dan Resident Assistant (RA) diadakan bagi meningkatkan keyakinan dan mengeratkan ukhuwah antara barisan kepimpinan pelajar INASIS MISC yang baharu dilantik di samping memberi pendedahan akan peranan yang perlu dimainkan oleh mereka sebagai wakil pelajar.

Sepanjang program berlangsung, para peserta diberikan beberapa tugasan dan perlu melaksanakannya secara berkumpulan. Tugasan tersebut diberikan bagi membina semangat bekerjasama dalam kalangan diri peserta. Mereka juga turut dibawa melawat kawasan menarik di sekitar Pulau Langkawi.

Pengarah program, Hadi Khiruddin mengucapkan tahniah kepada para peserta yang terlibat. Beliau berharap mereka dapat memanfaatkan ilmu dan pengalaman sepanjang mengikuti KPO di Pantai Chenang.

Turut hadir Pengetua INASIS MISC, Azhar Anis Mohammad, Penolong Pengetua INASIS MISC, Faridah Awang dan Mohammad Noor Fitri sebagai fasilitator.

Habis.