BENGKEL VIDEOGRAFI DI UUM

 SINTOK ? Seramai 20 peserta dari pelbagai jabatan kerajaan, swasta, institut, institusi pengajian tinggi dan orang perseorangan menyertai bengkel videografi anjuran Inapan Siswa (INASIS) Yayasan Albukhary Universiti Utara Malaysia (UUM) baru-baru ini dengan kerjasama Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Langat (IKBNKL) Selangor dan Canon Malaysia.

Pengarah program Raudhah Dawam berkata, bengkel dua hari itu memberi peluang kepada peserta untuk berkongsi idea dan mendapatkan ilmu mengenai asas penggunaan kamera, penggambaran dan penyuntingan video.

?Peserta bukan sahaja diberi bimbingan mengenai cara mengendalikan kamera malah dapat berkongsi pengalaman cara menyediakan skrip untuk mendokumentasikan video sama ada dalam bentuk berita atau rencana dengan wartawan jemputan dari Mediaprima cawangan Kedah, Adie Sufian Zulkefli,?sambungnya lagi.

Sementara itu Pengarah IKBNKL Mgt Husain Mgt Jaafar yang menutup bengkel dua hari itu berpuas hati dengan hasil peserta dan bersetuju untuk mengadakan bengkel ini secara berkala atas permintaan peserta.

?Tenaga pengajar videografi Noor Elkhalidy Abd Halim yang membimbing peserta dalam bengkel ini mempunyai pengalaman luas dan jalinan hubungan antara pelajarnya yang telah bekerja seperti Adie Sufian dan UUM ini memberi suntikan baru kepada saya untuk memikirkan bengkel secara berkala sekiranya diperlukan,? kata beliau dalam majlis penutupan dan penyampaian sijil kepada para peserta.

Habis.