PROGRAM PEMANTAPAN PENGURUSAN ORGANISASI AHLI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2017/2018 GUNA PENDEKATAN SOFTWARE FOR BRAIN (S4B)

Seramai 38 orang Ahli Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2017/2018 telah mengikuti Program Pemantapan Pengurusan Organisasi menggunakan pendekatan Software For Brain (S4B) yang telah diadakan pada 5 hingga 7 Oktober 2017 di Rainbow Paradise Beach Resort, Pulau Pinang.

Antara objektif program ini diadakan adalah untuk memberikan kemahiran dan pengetahuan kepada para peserta dalam menguruskan sesebuah organisasi. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama antara peserta bagi melancarkan gerak kerja dan tugas yang akan dijalankan sepanjang sesi 2017/2018.

Antara pengisian program ini adalah slot Etika dan Protokol Majlis yang telah disampaikan oleh Tuan Hj. Mohd Fairus Abd. Majid, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Selain itu, peserta turut didedahkan mengenai Pengurusan Surat Menyurat, Sistem Fail, Tatacara Pengisian Almanak dan Kertas Kerja Program yang telah disampaikan oleh Puan Norjannah Nasaruddin, Penolong Pegawai Tadbir, Bahagian Pembangunan Pelajar. Manakala slot Prosedur Kewangan pula telah disampaikan oleh Puan Rose Fazlinda Yantie Abdul Rashid, Pegawai Kewangan Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Peserta juga turut diberikan pendedahan mengenai Ketrampilan Diri dan Komunuikasi dalam organisasi melalui pendekatan NLP.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Tuan Hj. Mohd. Fairus Abd. Majid yang juga merangkap Penasihat Ahli Majlis Perwakilan Pelajar. Turut hadir adalah Pegawai dan kakitangan Bahagian Pembangunan Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

TAMAT