ERATKAN UKHUWAH MELALUI GOTONG-ROYONG MASAK BUBUR ASYURA

Pusat Penginapan Pelajar - Kira-kira 60 orang staf dan pengusaha Kafeteria Universiti Utara Malaysia (UUM) bekerjasama menjayakan majlis memasak bubur Asyura di Dewan Serbaguna SAC.

Pengarah SAC, Encik Noor Azman Yusof berkata, program tersebut dianjurkan oleh SAC dengan kerjasama Inapan Siswa dan pengusaha kafeteria di UUM.

?Program ini dianjurkan sempena kedatangan awal Muharam dan tahun baru kalendar Islam. Majlis memasak bubur Asyura tersebut berlangsung seawal jam 8 pagi hingga 2 petang,? katanya.

Menurutnya, mereka bekerjasama memasak empat kawah bubur Asyura secara gotong-royong dan program tersebut juga menjadi satu daripada platform yang membolehkan seluruh staf SAC dan pengusaha kafeteria berinteraksi secara langsung sekali gus memupuk budaya saling bekerjasama dan semangat kerja berpasukan. Proses memasak bubur Asyura bermula dari perbincangan ahli kumpulan, membeli bahan, dan persediaan memasak. Sebanyak 400 bekas bubur Asyura diagihkan dalam program tersebut.

?Majlis ini bukan sahaja dapat memupuk semangat muhibah dan muafakat antara kami tetapi merapatkan lagi hubungan antara staf SAC dan INASIS dengan pengusaha kafeteria di UUM,? katanya.

Noor Azman berharap SAC terus menganjurkan majlis memasak bubur Asyura pada tahun-tahun akan datang.