BENGKEL PENYEDIAAN BLUEPRINT JABATAN HAL EHWAL PELAJAR

 Seramai 61 orang pegawai  di Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menghadiri Bengkel Penyediaan Blueprint  Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) di EDC Hotels & Resort pada 11 dan 12 Oktober 2017. Bengkel ini turut disertai Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni Kolej Sastera dan Sains, UUM. Bengkel ini dibantu oleh Institut Pengurusan Kualiti (IPQ) UUM.

Bengkel tersebut merupakan inisiatif JHEP untuk merangka strategi, Key Performance Indicator (KPI)  dan inisiatif strategik bagi mendukung visi dan misi jabatan khususnya dan UUM amnya.

Blueprint yang dibangunkan merangkumi  pembangunan sukan, penganjuran seminar, perkongsian pengalaman bersama tokoh-tokoh pelajar yang berjaya, alumni relation atau engagement, mobiliti pelajar, kebolehpasaran graduan, keusahawanan, aktiviti berimpak tinggi dalam kategori kebudayaan, kerohanian, penjanaan pendapatan daripada aset sedia ada dan edutourism.

Strategi dan KPI yang dirangka diharap dapat melonjakkan pembangunan modal insan secara holistik dan melahirkan graduan kelas pertama yang seimbang dalam bidang akademik dan sahsiah yang mampu bersaing di peringkat global.