CEMERLANG DI DUNIA DAN DI AKHIRAT

Seramai 72 orang staf Jabatan Hal Ehwal Pelajar telah dipilih dan dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2016 peringkat JHEP pada 28 September 2017 yang lalu.

?Kriteria pemilihan adalah berdasarkan markah prestasi tahun 2016 dan komitmen setiap staf dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan," kata Timbalan Naib Canselor (HEPA), Prof. Dr. Abdul Malek Hj Abdul Karim yang hadir merasmikan majlis dan turut menyampaikan anugerah kepada penerima.

Tambah beliau, perkhidmatan seharian staf perlu diselaraskan dengan niat bekerja sebagai ibadah kerana pastinya apa yang dilakukan akan disoal pada akhirat kelak.

Dalam ucapan, Prof.Dr. Abdul Malek Hj Abdul Karim juga menekankan agar semua staf JHEP menunjukkan contoh teladan yang baik dan menjadi role model kepada pelajar yang sering berurusan dengan mereka.

Staf yang menerima anugerah APC peringkat JHEP 2016 mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada TNC (HEPA) dan Pengurusan Tertinggi JHEP atas inisiatif pemberian anugerah ini.

Prof. Dr. Abdul Malek Hj Abdul Karim juga berharap agar APC ini dapat memberi motivasi kepada staf untuk lebih produktif dan efisien bagi merealisasikan visi dan misi HEP khususnya dan UUM amnya.