INASIS MISC ONLINE: MAHASISWA UUM KENALI BUDAYA MASYARAKAT YOGYAKARTA

INASIS MISC ONLINE: Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS) Inapan Siswa (INASIS) MISC telah menganjurkan Global Immersion Programme 2.0 di Yogyakarta. Program ini berlangsung selama 4 hari 3 malam bermula dari 4 Julai sehingga 7 Julai 2017.

Matlamat utama program ini adalah untuk memberi peluang kepada mahasiswa melihat budaya masyarakat di luar negara. Program silang budaya ini disertai oleh 14 orang pelajar INASIS MISC dan seorang pegawai pengiring.

Peserta program dibawa melawat Universitas Muhammadiyyah Yogyakarta (UMY). Mereka disambut oleh Dekan Fakulti Sosial dan Politik UMY, Titien Purwaningsih; Pengarah Program Antarabangsa UMY (Hubungan Antarabangsa), Dian Azmawati; Pengarah di Pejabat Hubungan Antarabangsa UMY, Yordan Gunawan dan Ketua Program Hubungan Antarabangsa UMY, Nur Azizah.

Peserta program diberikan peluang untuk bertanyakan apa sahaja soalan sama ada mengenai politik Indonesia atau berkaitan UMY. Setelah itu, mereka dibawa melawat kawasan sekitar UMY.

Selain UMY, peserta juga dibawa melawat beberapa kawasan menarik lain yang menjadi tarikan utama pelancong ke Yogyakarta. Antara kawasan yang dilawati ialah Candi Borobudur, Gunung Merapi, Wisata Kalibiru dan Jalan Malioboro.

Pengarah program, Aqilah Rozi mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Menurut beliau, program sebegini mampu meningkatkan jatidiri dan softskills para peserta. Beliau juga berharap program antarabangsa seperti ini akan dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang.

Tamat.