Discover Historical Places in Alor Setar

 

INASIS MAYBANK: Inapan Siswa Maybank telah  menganjurkan program ?Discover Historical Places in Alor Setar? baru- baru ini.

 

Pelajar antarabangsa ini telah mengambil peluang untuk membawa bersama ahli keluarga mereka melawat beberapa tempat bersejarah sekitar Bandaraya Alor Setar. Antara tempat-tempat menarik dan bersejarah yang dilawati adalah Muzium Padi, Gua Tempurung, Muzium Negeri Kedah, Rumah Kelahiran Tun Mahathir Mohamed, Menara TM, Muzium Di raja Negeri Kedah dan Masjid Yayasan Al-Bukhary.

 

Para peserta juga berpeluang bersolat di Masjid Zahir iaitu masjid tercantik, tertua dan bersejarah yang terletak di tengah-tengah Bandaraya Alor Setar. Salah seorang peserta program ini, Shaifuldeen Hateem, pelajar PhD yang berasal dari Iraq sangat teruja apabila dibawa melihat ke tempat-tempat menarik sekitar Daerah Kota Setar ini. Ini adalah antara momen dan kenangan terindah dalam hidup beliau sepanjang beliau berada di Malaysia ini.

 

Para peserta berharap agar INASIS Maybank akan dapat menganjurkan lagi program berbentuk lawatan sambil belajar ini di masa akan datang di mana-mana destinasi menarik dalam negara Malaysia ini.