MAJLIS PERASMIAN AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI (5S/QE) INASIS SIME DARBY, JABATAN HAL EHWAL PELAJAR UUM.

 

INASIS SIME DARBY ONLINE:  Pihak pentadbiran  Inapan Siswa Sime Darby, Universiti Utara Malaysia telah mengadakan Majlis Perasmian Amalan Persekitaran Berkualiti (5S/QE)   bertempat di Inasis Sime Darby. 

Majlis Perasmian Amalan Persekitaran Berkualiti (55/QE) ini telah  dirasmikan oleh Dr. Che Mohd Aziz Yaacob, Pengetua Inasis Sime Darby. Dalam ucapannya, beliau mengharapkan semua staf sentiasa bekerja dalam satu pasukan ?teamwork? bagi mempastikan amalan persekitaran berkualiti (5S/QE) diamalkan sepanjang masa dalam mencapai misi dan Visi Universiti.

Selain itu beliau juga mengharapkan semua warga Inasis Sime Darby dapat mewujudkan  etika kerja positif, semangat kerja berpasukan serta melahirkan idea-idea yang inovatif bagi memastikan pelaksanaan amalan persekitaran berkualiti (5S/QE) berjalan dengan lancar dan tersusun. 

Seterusnya ucapan tahniah kepada semua staf di atas kejayaan pengiktirafan sebagai naib johan dalam pertandingan amalan (5S/QE) Peringkat Universiti pada tahun 2016.

Diakhir majlis, Pengetua turut menyampaikan sijil penghargaan kepada pelajar yang banyak membantu dalam menjayakan aktiviti/program yang diatur oleh bahagian pentadbiran Inasis Sime Darby.

Turut hadir dalam majlis perasmian ini ialah barisan Penolong Pengetua, barisan kepimpinan JKPS dan pelajar-pelajar Inasis Sime Darby.

Sekian.