Malam Sejuta Harapan Inapan Pelajar (Inasis) Grantt

 

INASIS GRANTT ONLINE: Lebih 800 mahasiswa, Badan Bukan Kerajaan (NGO), staf dan jemputan memeriahkan Malam Sejuta Harapan Inapan Pelajar (Inasis) Grantt Universiti Utara Malaysia (UUM) baru-baru ini di Dewan Muadzam Shah UUM.

Pengurus Besar UMW Grantt Insternational Sdn Bhd Amri Hasim merasmikan majlis yang penuh nostalgia zaman dahulu dan menyampaikan lebih 30 anugerah kepada mahasiswa di Inasis ini yang telah menyumbangkan kejayaan dalam beberapa kejohanan sukan, penyertaan dalam pertandingan yang dianjurkan antara Inasis dan penghargaan kepada jawatankuasa kepimpinan di Inasis ini.

Beliau yang dijemput untuk merasmikan Malam Sejuta Harapan ini turut berbangga kerana diberi penghormatan untuk bersama-sama mahasiswa dalam majlis yang dianjurkan ini.

?Sebagai sebuah syarikat swasta yang mencecah usia satu abad pada tahun ini, kami berasa amat bertuah dan berbangga kerana diberi kesempatan untuk bekerjasama dengan sebuah institusi pengajian tinggi tempatan seperti UUM?, katanya ketika berucap merasmikan majlis itu.

Dalam pada itu Pengetua Inasis Grantt Dr. Faizal Md Hanafiah melahirkan rasa bangga dengan kehadiran Pengurus Besar Grantt dan Pegawai Pemasarannya Idora Ali Badarudin untuk memeriahkan majlis ini.

?Saya juga berterima kasih kepada Presiden Alumni Institusi Latihan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (ILKBS) kerana menyumbangkan tiket penerbangan, pakej percutian untuk cabutan bertuah selain daripada 30 hadiah lain?, ujarnya lagi.

Antara anugerah yang disampaikan ialah Anugerah Sumbangsih JKPS, Pembantu Kediaman, JKPS Siswa Harapan, Siswi Harapan, JKPS Terbaik, Olahragawan, Olahragawati, Seniman, Seniwati dan Anugerah pelajar antarabangsa.

Turut hadir Pengetua-pengetua dan Presiden Inasis di UUM.