INASIS MAS ONLINE KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI INASIS MAS SESI A171

Pada 13 hingga 15 Oktober 2017, seramai 36 orang ahli organisasi Inapan Siswa Malaysia Airlines (INASIS MAS) telah menyertai Kursus Pengurusan Organisasi INASIS MAS 2017 di Ipoh, Perak.

Continue Reading

Print Email

UUM MUNCUL NAIB JOHAN PIDATO TAMIL PERINGKAT KEBANGSAAN 2017

UNIT DEBAT, ADVOKASI DAN ORATORI: Nitthiya A/P Saigon telah muncul sebagai Naib Johan dalam Pertandingan Pidato Pesu Tamizha Pesu dengan membawa pulang RM2,000.00. Kejayaan ini membolehkan Nitthiya mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa yang dijadualkan berlangsung di Sri Lanka pada November 2017. Pertandingan Pidato Pesu Tamizha Pesu ini merupakan sebuah pertandingan pidato Tamil bagi Institusi Pendidikan Tinggi 2017 yang menghimpunkan para pelajar seluruh Malaysia yang terdiri daripada universiti awam dan swasta, politeknik-politeknik dan institusi-institusi pendidikan guru (IPG).  Ia telah dianjurkan dengan jayanya oleh Vanakkam Malaysia DotCom Sdn. Bhd dan ASTRO Ulagam yang telah bermula sejak April 2017 dan rakaman pertandingan ini akan disiarkan melalui saluran ASTRO Vannavil. Seramai 150 peserta telah menghantar satu klip video pidato masing-masing kepada penganjur untuk dinilai dan dipilih.

Continue Reading

Print Email

INASIS MAS ONLINE: MALAM IKON INASIS MALAYSIA AIRLINES 2017

DEWAN MUADZAM SHAH, UUM – Program ini diadakan pada 06 Oktober 2017 dan dianjurkan oleh JKPS Biro Kesenian dan Kebudayaan INASIS Malaysia Airlines. Syamsuria Mirza bt Ishak bertindak sebagai Pengarah Projek Malam IKON INASIS Malaysia Airlines 2017.

Continue Reading

Print Email

INASIS TNB ONLINE: PROGRAM KURSUS PEMANTAPAN DAN PENGUKUHAN DAYA KERJA

INASIS TNB : Program Kursus Pemantapan dan Pengukuhan Daya Kerja telah berlangsung pada 3 hingga 5 November 2017 di Hotel Flamingo, Tanjung Bungah, Pulau Pinang. Kursus ini disertai  26 orang pelajar yang merupakan Ahli Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS)  Inasis Tenaga Nasional Berhad (INASIS TNB) sesi 2017/2018, Pengetua INASIS TNB, En. Mohd Idzwan Bin Yacob, penolong pengetua dan staf pentadbiran INASIS TNB.

Continue Reading

Print Email

BENGKEL PENGURUSAN RISIKO DALAM KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (JKKP)

Pusat Penginapan Pelajar (SAC) – SAC telah mengadakan Bengkel Pengurusan Risiko dalam Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) pada 12 November hingga 13 November 2017 di EDC Hotels & Resorts. Bengkel ini melibatkan 30 orang staf Inapan Siswa (INASIS) dan SAC. Encik Shahrul Nizam Ahmad, Penyelidik Unit Kajian Pengurusan Risiko menjadi penceramah dan fasilitator.

Continue Reading

Print Email