UUM MUNCUL NAIB JOHAN PIDATO TAMIL PERINGKAT KEBANGSAAN 2017
Written by WebMasterhep.
UNIT DEBAT, ADVOKASI DAN ORATORI: Nitthiya A/P Saigon telah muncul sebagai Naib Johan dalam Pertandingan Pidato Pesu Tamizha Pesu dengan membawa pulang RM2,000.00. Kejayaan ini membolehkan Nitthiya mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa yang dijadualkan berlangsung di Sri Lanka pada November 2017. Pertandingan Pidato Pesu Tamizha Pesu ini merupakan sebuah pertandingan pidato Tamil bagi Institusi Pendidikan Tinggi 2017 yang menghimpunkan para pelajar seluruh Malaysia yang terdiri daripada universiti awam dan swasta, politeknik-politeknik dan institusi-institusi pendidikan guru (IPG). Ia telah dianjurkan dengan jayanya oleh Vanakkam Malaysia DotCom Sdn. Bhd dan ASTRO Ulagam yang telah bermula sejak April 2017 dan rakaman pertandingan ini akan disiarkan melalui saluran ASTRO Vannavil. Seramai 150 peserta telah menghantar satu klip video pidato masing-masing kepada penganjur untuk dinilai dan dipilih.
Continue Reading
Print
Email