FAQ

Apakah peranan Unit Kebajikan HEP ?

UUM juga telah menwujudkan skim kebajikan pelajar yang menawarkan kemudahan pinjaman dan bantuan kewangan pelajar yang memerlukan. Pelajar boleh mengemukakan permohonan kepada Unit Kebajikan Pelajar HEP dengan menggunakan borang yang disediakan.

Adakah pelajar UUM   layak mendapatkan pinjaman pendidikan ?

Semua pelajar layak dipertimbangkan untuk mendapatkan kemudahan pinjaman pendidikan PTPTN dan tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan .

Sekiranya berlaku kecemasan terhadap kesihatan diri anda?

Tindakan awal anda perlu melaporkan masalah ini kepada rakan untuk bantuan pertolongan dan hubungi Penolong Pengetua Dewan Penginapan Pelajar untuk urusan selanjutnya. Sekiranya gagal mendapat mendapat pertolongan sila hubungi nombor 04-9284444 (Bahagian Kecemasan Pusat Kesihatan Universiti, UUM).

Waktu pelajar perlu berada di DPP masing-masing.

Semua penghuni mestilah tidak lebih dari jam 12.00 malam berada di DPP masing-masing. Sekiranya gagal berbuat demikian atau pelajar pulang lewat atau memasuki kampus melebihi jam 12.00 malam tindakan tatatertib akan dikenakan.

Berapakah masa yang diambil bagi pergerakan bas Terminal Bas Shahab Perdana ke UUM?

Mengikut anggaran perkiraan masa yang dibuat, jarak perjalanan antara Alor Setar ke UUM mengambil masa tidak kurang dari 1 jam 30 minit.

Bagaimanakah pelajar boleh menggunakan perkhidmatan teksi?

Pelajar-pelajar boleh menggunakan perkhidmatan teksi diluar UUM yang beroperasi di stesen teksi Changlun dengan menghubungi ke talian 04-924 5827.

Di manakah kemudahan internet boleh didapati?

Kemudahan internet tanpa wayar (wifi) boleh didapati di ruang Dewan Penginapan Pelajar (DPP) serta foyer-foyer kolej Akademik serta jabatan-jabatan di UUM. Kemudahan makmal komputer boleh didapati di makmal komputer Dewan Penginapan Pelajar dan Kolej Akademik.

Print Email